Monday, May 19, 2014

Promosi Hujung Mei

Promosi dilanjutkan hingga 15 JUN 2014! Stock Clearance Sale!

Promosi Hujung Mei Cadar Patchwork Mamaluvshop, istimewa untuk anda.
Berikut adalah senarai pattern cadar patchwork yang ready stock untuk promosi hujung Mei.
Hubungi/ SMS/ Whatsapp: 011-11670116/ 018-3939388 untuk tempahan anda.
Sementara stock masih ada :D
Mamaluvshop





Wednesday, May 14, 2014

Adakah Anda Wanita Hamil, Menyusu Badan atau Dalam Pantang?

PERHATIAN KEPADA PARA IBU, ATAU BAKAL IBU YANG SIBUK DAN MEMERLUKAN TENAGA EKSTRA SETIAP HARI! 



Jika anda punyai masalah kekangan masa untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, maka pil-pil suppliment adalah penyelesaian bagi anda. Tetapi, anda mungkin pernah terbaca mengenai keburukan pengambilan pil-pil suppliment yang dihasilkan di negara-negara bukan ISLAM, dan anda ragu-ragu tentang status HALAL produk anda. 
TAHNIAH! Sekarang anda bakal meneroka penyelesaian alternatif yang unggul, hebat, luar biasa, ajaib & menakjubkan!   



Qaseh Gold dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron, air zam-zam dan pelbagai herba terpilih lain serta Arabic Gum yang bertindak sebagai prebiotic semulajadi dapat memberi faedah:
  • Mumudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  • Menstabilkan Emosi 
  • Menambah tenaga dalaman dan luaran
  • Mencerdaskan minda
  • Membuang toksin
  • Melancarkan penyerapan dan sistem perkumuhan
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Memperbaiki perjalanan darah serta sistem saraf
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Membantu pengeluaran susu ibu
  • Menaikkan seri wajah 
Qaseh Gold Adinda ditambah dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa





Makanan sunnah dalam QASEH GOLD dengan formulasi madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam yang digabungkan menjadi jus likat di dalam botol dan mudah untuk digunakan. Setiap bahan dalam QASEH GOLD memiliki keunikan tersendiri sebagai penawar untuk pelbagai jenis penyakit bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut dinyatakan khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui hadis-hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran.



Madu (Honey) mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. Sabda Nabi S.A.W., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)

 

Kurma sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain) , asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan. Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi S.A.W. berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."

Habbatus Sauda atau Jintan Hitam (Black Seed ) mengandungi pelbagai komposisi kimia yang terdiri daripada crytalline nigellone, 15 asid amino, alkaloid, saponin, protein, karbohidrat, yang mana ianya mineral penting yang membantu mengekalkan kesihatan pernafasan, perut dan kesihatan usus, buah pinggang dan fungsi hati, peredaran darah dan sistem imun sokongan, dan untuk kesihatan keseluruhan badan. Dari Abu Hurairah R.A., Nabi s.a.w. berkata, "Habatus Sauda adalah ubat bagi setiap penyakit kecuali Al Saam (kematian)." Terdapat kajian menyatakan bahawa habbatus sauda adalah sumber aitibiotik untuk badan manusia.
Buah Tiin (fig) mempunyai kandungan mineral keseluruhan tertinggi di kalangan semua buah-buahan. Ia kaya dengan serat, tembaga, mangan, kalsium, vitamin K dan sumber yang baik flavonoid dan polifenol termasuk asid Gallic, asid chorogenic, asid syringic dan rutin. Dari Sahih Al-Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Minyak Zaitun (Olive Oil ) adalah sumber vitamin, mineral dan asid amino yang terbaik. Polifenol semulajadi dalam Zaitun membantu untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam otak. Dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, " Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana ada penawar untuk tujuh puluh (70) penyakit di dalamnya, dan salah satu daripadanya adalah kusta."

Saffron atau Za'faran banyak diperkatakan tentang khasiatnya dalam kitab-kitab perubatan Islam, begitu juga dari perubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin). Saffron dapat membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bias-bisa sendi, penenang & juga peransang tenaga batin. Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperrti asma dan demam biasa.Za'faran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan tiamin).
Saffron tergolong antara khazanah alam yang termahal di dunia. Saffron mengandungi khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Adalah sangat menarik diketahui , hanya lima hingga tujuh kilogram Saffron kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah.

Air zam zam terkenal dengan ciri-ciri penyembuhan kerana ia mengandungi kandungan Kalsium, Garam Magnesium dan juga fluorida semula jadi yang tinggi merangkumi tindakan yang memadam rembasan penyakit. Nabi S.A.W. berkata: "Air yang terbaik di muka bumi ialah air zam zam, ia adalah sejenis makanan dan penyembuhan dari penyakit."
Amalan pemakanan Sunnah ini jika diamalkan dengan membaca Bismillah besertakan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W sebelum tidur dan sebelum sarapan INSYA'ALLAH akan beroleh berlipat kali ganda dari apa yang dinyatakan di atas dengan izin Allah S.W.T.


Pengambilan QASEH GOLD mampu menampung kekurangan zat-zat makanan dalam diet seharian anda melalui gabungan makanan-makanan SUNNAH. Makanan SUNNAH juga mengandungi anti-oksidan dan antibakteria yang tinggi untuk meningkatkan sistem ketahanan badan melawan penyakit, di samping membekalkan tenaga ekstra kepada anda. 


Antioksidan meneutralkan radikal bebas yang terhasil dari aktiviti sel di dalam badan. Radikal bebas mampu merosakkan sel dan mengubah struktur sel seperti proses pengkaratan besi. Antioksidan meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kerosakan protein tubuh, DNA, penuaan,  penyebab kanser dan penyakit-penyakit lain. Antioksidan juga memperbaiki sel kulit untuk kelihatan cantik dan menaikkan seri wajah.

Prebiotik adalah karbohidrat yang tidak dapat dicerna tubuh, tetapi dapat dicernakan oleh bakteria baik di dalam badan. Prebiotik umumnya meningkatkan komposisi bakteria baik antaranya bifidobacterium di dalam badan untuk melakukan aktivitinya menghalang pembiakan bakteria jahat di dalam badan yang boleh mengakibatkan  penyakit. 


Prebiotik juga membantu pembiakan bakteria baik untuk menghalang penghasilan kasinogen penyebab kanser, menurunkan kolesterol, meningkatkan menyerapan garam meneral dalam badan, mencegah osteoporosis (tulang rapuh) dan diabetis (kencing manis), mencegah cirit-birit dan sembelit.

Qaseh Gold juga kaya dengan glukosa dan fruktosa, dan pelbagai garam mineral untuk meningkatkan perjalanan darah, menstabilkan hormon dan amat sesuai untuk wanita hamil dan menyusu untuk mendapatkan ekstra tenaga dan meningkatkan pengeluaran susu badan.




QASEH GOLD MENDAPAT PENGIKTIRAFAN IMP-ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE

QASEH GOLD disediakan mengikut piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practise) yang menghasilkan produk bertaraf Halalan Thoyyiban dan pmendapat pengiktirafan JAKIM. IMP merupakan piawaian yang pertama di dunia yang menggabungkan nilai-nilai syariah dan tassauf dalam proses pengilangan. Di gabungkan dengan piawaian GMP, penarafan ini memenuhi piawaian dunia serta selamat digunakan oleh mereka yang beragama Islam. 

QASEH GOLD ADALAH PRODUK SYARIKAT BUMIPUTERA ISLAM YANG BERPENGALAMAN SEJAK 1983

Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta rangkaian produk yang  halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd. juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan piawaian halal demi kepentingan ummah sejagat.



QASEH GOLD SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA


Pn. Ku Rosliza : 16 Tahun Tidak Mendapat Zuriat
Pn. Ku Rosliza telah berkahwin selama 16 tahun dan belum dikurniakan zuriat beliau dan suami telah cuba mendapatkan bantuan pakar. Ternyata kedua-dua suami-isteri tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Juga ada mencuba kaedah rawatan lain tetapi masih tidak berhasil.
Pada mulanya diperkenalkan kepada Qaseh oleh rakan beliau untuk mengatasi masalah keletihan yang beliau alami dalam profession seorang penjahit. beliau juga mengalami masalah keputihan yang tidak dapat penyelesaian walaupun telah rujuk dari doktor. Beliau mencuba Qaseh sekitar 2 botol, beliau dapati beliau semakin cergas dan masalah keputihan dapat diselesaikan. Tetapi, berita yang paling gembira diterima oleh beliau apabila beliau disahkan mengandung! Alhamdulillah kini Pn. Ku Rosliza akhirnya bergelar ibu dan menimang cahaya mata sendiri.


En. Razali : Gout Athtritis Yang Serius
Pada 2004, En. Razali disahkan menghidap penyakit gout oleh doctor dan telah dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan pengesahan. Setelah menjalani pemeriksaan kali kedua, beliau telah disahkan menghidap gout athtritis yang parah. Pada mulanya En. Razali sukar bangun dan tidur serta menjalani rutin harian. Jika hendak berjalan, En. Razali terpaksa menggunakan tongkat.
Meskipun sering mengambil ubat yang diberi oleh doctor, namun kesihatan beliau menjadi semakin teruk. Malah beliau hamper lumpuh dan pada suatu tahap, beliau tidak mampu bekerja untuk menyara keluarganya. Ini menyebabkan emosi beliau menjadi lebih terganggu dan beliau sukar bergaul dengan orang di sekelilingnya.
Setelah diperkenalkan kepada Qaseh oleh rakan sahabat beliau Ust. Wan Akashah, En. Razali komited mengamalkan Qaseh. Pada peringkat awal, keadaan beliau menjadi cukup sihat untuk beliau mula bertugas semula, walaupun perlu menggunakan tongkat. En. Razali terus mengamalkan Qaseh secara konsisten setiap hari dan kesihatannya terus beransur pulih sehingga beliau dapat menjalankan aktiviti harian beliau seperti biasa. Bayangkan kelegaan dan kegembiraan yang dirasai oleh diri beliau dan keluarga beliau sebelum ini pasrah melihat keadaan beliau yang terlantar. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan kepada En. Razali, moga beliau terus bahagia bersama keluarga!

Pn. Noriah : Masalah Lutut
Pn. Noriah telah lama mengalami masalah lutut yang mengakibatkan beliau sukar berjalan, sujud ketika solat, dan menjalankan aktiviti harian. Beliau sering berasa sakit seolah dicucuk ketika melakukan aktiviti-aktiviti harian tersebut. Pn. Noriah telah mencuba berbagai kaedah perubatan moden lain dan pulih buat seketika. Namun, keadaan ini tidak kekal dan keskitannya kembali selepas itu.
Setelah diperkenalkan kepada Qaseh Adinda oleh anaknya, Pn. Noriah mencuba dengan bersungguh-sungguh pemakanan sunnah ini. Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah tiga hari mengamalkan Qaseh, beliau tidak lagi berasa sakit pada lututnya, dan ini membolehkan beliau menjalankan aktiviti-aktiviti harian dengan lebih mudah dan cergas. Pn. Noriah kini telah pulih sepenuhnya, namun masih mengamalkan pemakanan Qaseh kerana yakin terhadap manfaat dan faedah yang terkandung dalamnya.


Pn. Ajurun Begum : Paras Hemoglobin Rendah
Ketika mengandungkan anak keenam, Pn. Ajurun sering berasa pening-pening dan lemah. Setelah menjalani pemeriksaan doctor, beliau telah diberitahu bahawa paras hemoglobin (darah merah) sangat rendah iaitu pada bacaan 8.7 dan bukannya 10.7 iaitu tahap normal. Beliau telah disarankan mengamalkan diet yang mengandungi zat besi seperti kerang, hatia ayam dan organ dalaman untuk menaikkan paras darah merahnya. Namun bacaan darah merahnya meningkat sedikit sahaja iaitu kepada 8.9 dan ini masih di bawah tahap normal.
Akibat keadaan ini Pn. Ajurun yang dahulunya terkenal sebagai guru yang amat komited dan  cergas, tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai seorang duru yang eifsien. Beliau sukar ke kelas, mengangkat buku dan tidak secergas dulu dalam menjalankan aktiviti pendidikan.
Beliau terdengar mengenai Qaseh dan demi memulihkan kesihatan beliau serta mengembalikan semangat  mengajar, beliau mengamalkan produk ini dengan serius, dan Alhamdulillah setelah tiga minggu pertama bacaan darah beliau telah naik sehingga ke paras 10.7 iaitu paras normal. Hasilnya, beliau berasa semakin sihat dan cergas,dan kualiti kerja beliau juga telah pulih seperti sediakal. Bacaan darah beliau telah kekal pada paras tersebut sehingga beliau selamat melahirkan anak keenamnya. Walaupun terpaksa kembali bertugas semasa masih dalam pantang, Pn. Ajurun masih bertenaga dan giat menjalankan tugasnya.


Pn. Robaayah : Sukar Berjalan Setelah Mengalami Kemalangan
Pn. Robaayah telah terlibat dalam kemalangan besar yang menyebabkan sebahagian daripada kakinya hancur. Demi menyelamatkan kakinya, para doctor telah menggunakan jalur-jalur besi untuk isi dan tulang pada kaki beliau. Ini menyebabkan Pn. Robaayah mengalami kesakitan yang amat sangat bukan sahaja ketika menjalani pembedahan, malah semasa menjalankan pemulihan fisioterapi.
Kemalangan yang menimpa Pn. Robaayah bukan sahaja telah menyebabkan beliau menderita secara fizikal, malah secara mental juga. Beliau mula menyisihkan dirinya daripada ahli keluraga dan rakan-rakan, tidak menerima panggilan dan mengelak daripada bertemu dengan sesiapa selain ahli keluarga terdekat sahaja.
Pn. Robaayah mula mencari pemakanan yang dapat membantu beliau bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga dari segi mental dan spiritual. Alhamdulillah, setelah mengambil Qaseh selama sebulan, semangat Pn. Robaayah kembali dan kesakitan yang dialaminya ketika berjalan telah berkurangan. Beliau mula melatih kaki tersebut berjalan dengan labih jauh untuk menguatkan kembali otot-otot kaki tersebut dan kini dengan izizn Allah beliau telah mendapat kembali tenaga dan semangat serta  dan memulihkan gaya hidup sosialnya kembali.

Pn. Maznah (Mak Teh) : Sakit Sendi dan Urat
Mak Teh mengalami sakit sendi sejak beberapa lama iaitu pada jari kaki dan juga pada bahagian tapak kaki. Keadaan ini menyebabkan Mak The sukar berjalan dan terasa seperti bahagian tapak kaki beliau seolah-olah ‘bulat’. Kaki beliau juga berwarna kemerahan dan sakit pada jari kakinya dirasai walaupun beliau tidak berjalan. Secara keseluruhannya, penyakit ini menjadikan kehidupan mak the agak terganggu kerana menghadapi masalah untuk bergerak.
Beliau diperkenalkan kepada Qaseh oleh seorang sahabat beliau dan setelah mengamalkan Qaseh sebanyak dua sudu setiap pagi, beliau mendapati bahawa beliau lebih mudah bergerak dan badan berasa lebih sihat. Secara beransur juga, rasa bengkak pada tapak kaki beliau hilang dan warna kaki beliau sudah kembali ke asal. Sakit sendi pada jari kaki Mak Teh juga hilang sepenuhnya dan beliau dapat berjalan seperti biasa.
Mak Teh bersyukur ditemukan dengan Qaseh dan mengesyorkan kepada semua untuk berikhtiar sebelum menyerah. Alhamdulillah, mudah-mudahan Mak Teh kembali cergas menjalankan aktiviti harian.










Adakah anda ingin menambah pendapatan keluarga secara separuh/sepenuh masa? Berminat menjadi Rakan Niaga kami?





Tuesday, May 13, 2014

Promosi Hari Guru 2014

Promosi Hari Guru, istimewa untuk guru. Mamaluvshop mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Tanpa guru, siapalah kami....
Berikut adalah senarai pattern cadar patchwork yang ready stock.
Hubungi/ SMS/ Whatsapp: 011-11670116 untuk tempahan anda.
Sementara stock masih ada :D

Mamaluvshop